Wednesday, September 16, 2009

Seks Education in Islam Part 2


Kajian-kajian pernah menunjukkan yang purata remaja purata pra-remaja, menerima pendidikan seks mereka daripada sumber-sumber berikut dan mengikut turutan:

1. Kawan-kawan
2. Majalah lucah
3. Buku-buku
4. Internet
5. TV & Movies
6. Lain-lain majalah dan surat khabar
7. Sekolah
8. Ibu bapa

Ibu bapa gagal dalam kesedaran mereka dimana setiap orang mengajar anak mereka tentang seks kecuali mereka(ibu bapa). Semua orang memberitahu dan mengajar anak anda tentang seks . Berapa pastikah anda yang maklumat yang disampaikan ini adalah berpandukan garis-garis panduan dalam Islam. Seks adalah satu topik dimana pengiklan-pengiklan dan pemasar kecil-kecilan menggunakannya dengan sangat berkesan bagi menjual produk-produk mereka.

Malangnya, sumber-sumber bagi maklumat yang ada untuk pra-remaja yang baru saja hendak menjadi seorang remaja adalah sering berat sebelah. Dalam dunia zaman kini, satu ilusi dicipta oleh itu ‘semua orang” mengadakan hubungan seks dan dalam zaman moden ini, "apa-apa pun jadi" dan ‘"kamu hanya hidup sekali" oleh itu, buatlah apa yang terbaik atau apa yang diingini. Adalah "cool" dipandang jika mengunyah jenama tertentu gula-gula getah atau menghisap jenama rokok tertentu kerana ia membuat anda "kaya", "berjaya" dan memastikan yang anda boleh menarik pasangan yang sempurna. Sebenarnya, realiti ini menyimpang jauh daripada ilusi dimana ia telah diserapkan ke dalam deria remaja kita sekarang.

Dengan pemasaran yang teguh dan agresif yang dilakukan oleh golongon tertentu bagi menjalankan aktiviti perniagaan yang berunsurkan seks, masyarakat telah dapat menerima yang dulunya satu aktiviti yang "luar biasa" sebagai aktiviti yang "normal". 10 tahun lalu, apa yang di anggap "luar biasa", "tidak masuk akal", "benci", "tidak bermoral" dan "memalukan" dan hari ini ia dianggap "bergaya", "normal" dan sesuatu yang biasa di zaman moden.

Satu contoh yang tipikal adalah apabila setelah kamu menonton beberapa episode drama di TV, satu darinya kamu akan dapat kesan dimana kamu dapat menerima zina dan menganggapnya parkara biasa. Seks sebelum berkahwin adalah perkara penting tanpa mengira kos dan penderitaan orang lain dalam process mendapatkan perhatian seorang lelaki atau wanita dan simbol-simbol ini adalah, "trick", penipuan dan hanya manipulasi semata-mata.

Tambahan pula, media cetak dan visual mewujudkan kesan perkahwinan itu ada kuno, hubungan tinggal bersama dan bersekedudukan menjadi lebih popular. Menjadi pasangan homoseks adalah gaya. Homoseksual, pelacuran adalah normal. Kita telah sampai ketahap di mana seseorang individu dalam masyarakat menjustifikasikan segalanya disebelah kanan mereka adalah kebebasan. Jika ini adalah sebenarnya "kebebasan", tetapi kenapa kita nampak banyak contoh-contoh senario yang seperti berikut:

1. Muda-mudi, sedang dijankiti dengan virus HIV pada satu kadar yang mencemaskan.
2. Seorang ibu warak, setia pada suaminya, tanpa semena-mena membangunkan satu penyakit kelamin (seperti syphillis, gonorea atau Herpes atau HIV/ AIDS yang teratur) dan bagaimanakah ini berlaku?
3. Kehamilan remaja terus meningkat, budak perempuan serendah umur 11 tahun hamil. Banyak remaja melakukan pengguguran di mana kesan sampingan memberi kesan kepada emosi, fizikal dan mental.
4. remaja perempuan serendah umur 10-12 tahun melakukan seks tanpa perlindungan yang mengakibatkan kenhancuran pada diri mereka sendiri dan bila disoal mengapa mereka melakukannya dan ada di antara mereka yang menjawab "tiada siapa memberitahu saya yang apa yang mereka telah lakukan adalah salah".
5. Rumahtangga berakhir dengan penceraian akibat daripada (suami atau isteri) berlaku curang dan yang menjadi mangsa rumah tangga adalah anak-anak mereka sendiri.
6. Perempuan dalam lingkungan 2 - 40 menjadi mangsa rogol.
7. Homoseksual akan terus meningkat; perkara liwat yang dahulunya dianggap sebagai satu kebencian oleh masyarakat, sekarang dianggap "normal" sampai ke satu tahap di mana perkahwinan homoseksual dibenarkan di sesetengah negara di dunia.
8. Semakin banyak jalinan hubungan berakhir dengan kesedihan, depress, konflik dan rasa kesal.

Contoh-contoh diatas menunjukkan tentang isu "pembebasan seksual". Adakah sebenarnya orang yang cuba untuk membebaskannya. Pembebas seksual itu adalah menjadi hamba dalam rantai bagi penyakit, kemelesetan, penceraian, ketidakpuasan hati dan penipuan. Individu, persatuan dan kerajaan secara aktif mencari cara untuk membendung permasalahan yang tidak bermoral dan yang bersekutu dengannya.

Jawapan untuk permasalahan ini dan semua dilemma yang dihadapi mana-mana masyarakat adalah di mana fabrik masyarakat di bawah ancaman daripada ketidaksopanan, alkoholisme, dadah, berjudi, jenayah, ketidakjujuran, dan materialisme boleh dijumpai di dalam Al-Quran yang telah di sampaikan kepada seluruh umat manusia. Prinsip-prinsipnya mempunyai satu penerangan yang universal untuk sepanjang hayat. Ia telah ditugaskan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mempraktikkan mesej yang ingin disampaikan seperti yang termakhtub didalam Al-Quran supaya sesiapa juga yang mengikut contoh sempurna Nabi Muhammad SAW akan ditunjukkan jalan yang cerah dan lurus.

Bersambung pada part 3 dengan bagaimana hal-hal diatas dilihat dari sudut pandangan Islam


Saturday, September 12, 2009

Seks Education in Islam

Assalamulaikum pembaca semua,

Di sini aku ingin berkongsi satu topik dimana ia menjadi tarikan sejagat iaitu Seks. Seks digambarkan dalam harian kita dalam pelbagai bentuk, secara langsung atau secara tidak langsung, dalam akhbar, majalah-majalah, filem-filem, dan dalam perbualan antara orang.
Topik seks itu menggambarkan imej-imej keseksualan, kecabulan, kejahatan, zina, pornografi, rogol ,kehamilan remaja sebelum berkahwin, homoseksual, jangkitan penyakit berjangkit melalui seks, pengguguran dan HIV / AIDS. Walau bagaimanapun sekarang ini dan ketika ini ‘semua orang' telah dipengaruhi oleh topik ini (seks), ia kelihatan kebanyakan ibu bapa itu mendapati topik ini agak ‘ sensitive' untuk dibincangkan dengan anak-anak mereka.
Kanak-kanak hari ini nampaknya menjadi lebih matang daripada generasi terdahulu dan sering bertanyakan soalan-soalan pintar kepada ibu bapa mereka. Sesetengah ibu bapa cuba melakukan yang terbaik untuk memuaskan sifat ingin tahu semula jadi anak mereka. Kadang-kadang Ibu bapa lain tidak tahu bagaimana untuk menangani 'kematangan' anak-anak mereka dan sering menganggap kurang diperkatakan tentang perkara seks itu adalah lebih baik.
Terdapat juga di sesetengah kediaman, perkataan ‘seks' adalah pantang pada kanak-kanak dan sering ditegur jika bertanyakan tentangnya. Ibu bapa menganggap anak-anak meraka akan 'menjadi dewasa' dalam semua hal apabila mereka belajar di sekolah atau rakan-rakan adalah ‘bertanggungjawab' untuk berkongsi pengetahuan ini. Realiti pada ibu bapa yang mempunyai pandangan seperti ini, terlepas perhatian kepada satu sumber yang utama dan penting dalam memberi penerangan yang betul mengenai topik ini! Anak-anak kita mempunyai hak untuk diberi penerangan yang jelas mengenai seks berdasarkan Al-Quran serta Sunnah Prophet Muhammad S.A.W
Media barat amat berkuasa dan sering mengutamakan wang berbanding nilai-nilai yang berdasarkan prinsip moral agama yang menjadi asas dalam agama mereka. Topik ini dibincangkan dengan harapan dapatlah aku mencampakan sedikit cahaya dan dengan itu, mungkin memberikan perspektif yang lebih jelas tentang pilihan yang mereka boleh buat kepada remaja-remaja yang keliru.
Topik ini juga dibincangkan khusus ditujukan terutamanya pada remaja-remaja. Aku bukan moralis atau moulana. Niat aku bukan bersifat menghakimi terhadap sebarang individu, kumpulan atau masyarakat tetapi aku hanya berikan pendapat pada topik ini daripada cara seseorang melihat atau memikirkkan sesuatu tentang kebaikan Islam. Apa-apa kesalahan didalam topik ini aku mohon kemaafan Allah SWT terlebih dahulu. Will be Continued

Friday, September 11, 2009

Dunia diutamakan akhirat diabaikan




Asssalamualaikum WBT to blog reader.

Ini adalah post pertama untuk aku tulis dalam ruangan blog ini. apa yang aku nak kongsi disini adalah khusus untuk tujuan pembangunan dalam akidah islam aku sendiri dan dengan harapan ia dapat dikongsi bersama oleh semua pembaca.

Hari ini terpanggil untuk aku menulis article tentang something yang aku rasa amat berguna tatkala umat islam di dunia ini terpinggir dari mendapat berkat dari Allah kerana kelalaian dunia. Anyway, aku menulis ini pun salah satu tanggungjawab aku untuk menyerbarkan apa yang aku dengar dan dapat dari khutbah jumaat. Secara tak langsung ia akan memperingatkan diri aku sendiri.
Apa yang berlaku sekarang yang terang lagi nyata kepada umat islam di malaysia dan didunia sesungguhnya amat menyedihkan. Dunia di utamakan dan akhirat dilupakan. Kemana perginya rumah yang dahulunya bagaikan sekolah dimana ibu dan ayah menunjuk ajar dalam mendalami ilmu Al-Quran kepada anaknya. Pada zaman kini, rumah dibuatnya tersergam indah bagaikan hotel hanya untuk apa? hanya tempat tidur and berehat. Sungguh menyedihkan jika ini berlaku pada anda semua dan pada aku memperingatkan perkara yang sama untuk renungan.
Banyak perkara yang menyebabkan kita lupa akan akhirat. Antara perkara yang disebut oleh khatib kerana kita dibesarkan dengan cara yang salah. anak-anak terlalu dimanjakan. Ibu Bapa tidak lagi membesarkan anak-anak mereka berlandaskan Al-Quran. Anak-anak terlalu dimanjakan sehinggakan sebagai contoh solat subuh tidak dikejutnya kerana kasihan anak-anak meraka tidak cukup tidur. Ya Allah, marilah kita memperbetulkan diri kita supaya kita menjadi seorang hamba Allah yang lebih bertanggungjawab. Untuk menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab bukan sekadar menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal, malah yang paling utama tanggungjawab para ibu bapa adalah untuk mendidik anak-anak meraka untuk menjadi seorang yang taat pada perintah Allah. Sesungguhnya tidak dinafikan ramai para ibu bapa muda sekarang sendiri tidak mendalami ilmu agama dengan secukupnya. tapi diharapkan itu tidak menjadi alasan untuk meraka melalaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak mereka dengan cara Islam. Masih ada cara untuk mereka mendalaminya. Banyak kuliah-kuliah agama yang boleh kita pergi. Ajaklah anak-anak kamu ke majlis-majlis yang berkonsepkan agama secara tidak langsung mereka kenal serba sedikit tentang islam. Berikan lah hadiah-hadiah berkonsepkan agama dan pakaikan lah mereka dengan membelikan pakaian yang berkonsepkan agama supaya dengan cara itu ia dapat mendekatkan diri sebagai seorang islam. Bawalah mereka pergi bercuti ke tempat-tempat yang melambangkan islam sesungguhnya ia lebih bermakna.
Ada satu barisan ayat yang amat terpanggil untuk aku menulis blog ini.
"kita melayu tidak boleh menjadi cina. kita tetap akan menjadi melayu. orang cina tidak boleh menjadi melayu. mereka tetap akan menjadi cina. Orang arab tetap akan menajdi arab. mereka tidak boleh menjadi melayu. Tetapi semua mereka boleh menjadi islam. kamu semua sebagai islam hanya boleh dibandingkan dengan bukan islam dengan hanya melalui amalan islam yang kamu amalkan. Jika tidak kamu samalah seperti mereka yang bukan beragama islam". Kepada pembaca semua, ingatlah jika kamu semua mengaku islam. bawalah nama Islam kamu dengan amalan Islam. Sebagai Umat Islam, tanggungjawab adalah diatas nama Islam itu sendiri. menjaga kesucian nama Islam itu sendiri. Maka dengan itu aku berharap kamu dapat sebarkan supaya dengan itu kita dapat saling ingat mengingati dan menjadi umat islam yang dirahmati. Wallahhullam.

World preferred afterworld deserted

This is first post for me write in this blog column. what I want here are specifically for the purposes of development in faith Islamic for myself and with its hope can be shared with by all reader.

Today called for me to write an article of something I sense immensely useful when Islamic people in this world isolated from get blessing from Allah because world neglect. Anyway, I write this even either my responsibility to distribute what I listen and have had from sermon Friday. Indirectly it will remind myself.

What was going on now bright again real to Muslim in Malaysia and in the world indeed heartbreaking. World in preferred and afterworld forgotten. Where the departure of house what was once like school where mother and father teach in deepen Al-Quran knowledge to his child. In time now, house made stand beautifully like hotel only for what? only bunk and rest. Just appalling if this happens to all of you and to me remind same subject matter for contemplation.

Many matters which resulted we forget about afterworld. Between which matter cited by preacher because we grew up in the wrong way. children mollycoddle. Parent no more bringing up their children based on Al-Quran. Children mollycoddle until for example dawn prayers no awakened out of pity their children had not enough sleep. Ya Allah, come along we correct ourselves so that we be a more responsible Allah slave. In order to be responsible parent not merely prepared food, clothes and accommodation , even of the most is be responsibility parents is to educating their children in order to be a faithful in Allah's bidding. Indeed not denying many young father mothers now never deepen religious knowledge adequately. But it is hoped it does not become a reason for them to neglect their responsibility to teach their children with Islamic way. There is still ways for them to deepen its. Many religion lectures shall we go. Invite your children to councils based on concepts religion indirectly they know a little bit about Islam. Give prizes based on concepts religion and wear they by procurement those clothes based on concepts religion so that with the way it gets near their self as an Islam. Bring them away on holiday to places which symbolizes Islam indeed it more meaningful.
There is sentence one row which greatly called for me to write this blog. "We Malay could not become Chinese. We fixed will become Malay. Chinese could not become Malay. They fixed will become Chinese. Arab fixed will become Arab. could render them not be Malay. But all, they can be Muslim. all of you as Muslim only can be compared with non Muslim by only go through the practice of Islam. Otherwise you likewise like those not religiously Islamic". To all reader, remember if all of you admitted as an Islam. Bring your Islamic name with Islamic practice. As an Muslim, responsibility is above the name of Islam itself. take a good care name sanctity Islam itself. Therefore I hope you be able to spread this word so that we be able to remind each other and be Muslim which at bestowed. Wallahhullam.

author: Joy