Saturday, September 12, 2009

Seks Education in Islam

Assalamulaikum pembaca semua,

Di sini aku ingin berkongsi satu topik dimana ia menjadi tarikan sejagat iaitu Seks. Seks digambarkan dalam harian kita dalam pelbagai bentuk, secara langsung atau secara tidak langsung, dalam akhbar, majalah-majalah, filem-filem, dan dalam perbualan antara orang.
Topik seks itu menggambarkan imej-imej keseksualan, kecabulan, kejahatan, zina, pornografi, rogol ,kehamilan remaja sebelum berkahwin, homoseksual, jangkitan penyakit berjangkit melalui seks, pengguguran dan HIV / AIDS. Walau bagaimanapun sekarang ini dan ketika ini ‘semua orang' telah dipengaruhi oleh topik ini (seks), ia kelihatan kebanyakan ibu bapa itu mendapati topik ini agak ‘ sensitive' untuk dibincangkan dengan anak-anak mereka.
Kanak-kanak hari ini nampaknya menjadi lebih matang daripada generasi terdahulu dan sering bertanyakan soalan-soalan pintar kepada ibu bapa mereka. Sesetengah ibu bapa cuba melakukan yang terbaik untuk memuaskan sifat ingin tahu semula jadi anak mereka. Kadang-kadang Ibu bapa lain tidak tahu bagaimana untuk menangani 'kematangan' anak-anak mereka dan sering menganggap kurang diperkatakan tentang perkara seks itu adalah lebih baik.
Terdapat juga di sesetengah kediaman, perkataan ‘seks' adalah pantang pada kanak-kanak dan sering ditegur jika bertanyakan tentangnya. Ibu bapa menganggap anak-anak meraka akan 'menjadi dewasa' dalam semua hal apabila mereka belajar di sekolah atau rakan-rakan adalah ‘bertanggungjawab' untuk berkongsi pengetahuan ini. Realiti pada ibu bapa yang mempunyai pandangan seperti ini, terlepas perhatian kepada satu sumber yang utama dan penting dalam memberi penerangan yang betul mengenai topik ini! Anak-anak kita mempunyai hak untuk diberi penerangan yang jelas mengenai seks berdasarkan Al-Quran serta Sunnah Prophet Muhammad S.A.W
Media barat amat berkuasa dan sering mengutamakan wang berbanding nilai-nilai yang berdasarkan prinsip moral agama yang menjadi asas dalam agama mereka. Topik ini dibincangkan dengan harapan dapatlah aku mencampakan sedikit cahaya dan dengan itu, mungkin memberikan perspektif yang lebih jelas tentang pilihan yang mereka boleh buat kepada remaja-remaja yang keliru.
Topik ini juga dibincangkan khusus ditujukan terutamanya pada remaja-remaja. Aku bukan moralis atau moulana. Niat aku bukan bersifat menghakimi terhadap sebarang individu, kumpulan atau masyarakat tetapi aku hanya berikan pendapat pada topik ini daripada cara seseorang melihat atau memikirkkan sesuatu tentang kebaikan Islam. Apa-apa kesalahan didalam topik ini aku mohon kemaafan Allah SWT terlebih dahulu. Will be Continued

0 comments: