Wednesday, September 16, 2009

Seks Education in Islam Part 2


Kajian-kajian pernah menunjukkan yang purata remaja purata pra-remaja, menerima pendidikan seks mereka daripada sumber-sumber berikut dan mengikut turutan:

1. Kawan-kawan
2. Majalah lucah
3. Buku-buku
4. Internet
5. TV & Movies
6. Lain-lain majalah dan surat khabar
7. Sekolah
8. Ibu bapa

Ibu bapa gagal dalam kesedaran mereka dimana setiap orang mengajar anak mereka tentang seks kecuali mereka(ibu bapa). Semua orang memberitahu dan mengajar anak anda tentang seks . Berapa pastikah anda yang maklumat yang disampaikan ini adalah berpandukan garis-garis panduan dalam Islam. Seks adalah satu topik dimana pengiklan-pengiklan dan pemasar kecil-kecilan menggunakannya dengan sangat berkesan bagi menjual produk-produk mereka.

Malangnya, sumber-sumber bagi maklumat yang ada untuk pra-remaja yang baru saja hendak menjadi seorang remaja adalah sering berat sebelah. Dalam dunia zaman kini, satu ilusi dicipta oleh itu ‘semua orang” mengadakan hubungan seks dan dalam zaman moden ini, "apa-apa pun jadi" dan ‘"kamu hanya hidup sekali" oleh itu, buatlah apa yang terbaik atau apa yang diingini. Adalah "cool" dipandang jika mengunyah jenama tertentu gula-gula getah atau menghisap jenama rokok tertentu kerana ia membuat anda "kaya", "berjaya" dan memastikan yang anda boleh menarik pasangan yang sempurna. Sebenarnya, realiti ini menyimpang jauh daripada ilusi dimana ia telah diserapkan ke dalam deria remaja kita sekarang.

Dengan pemasaran yang teguh dan agresif yang dilakukan oleh golongon tertentu bagi menjalankan aktiviti perniagaan yang berunsurkan seks, masyarakat telah dapat menerima yang dulunya satu aktiviti yang "luar biasa" sebagai aktiviti yang "normal". 10 tahun lalu, apa yang di anggap "luar biasa", "tidak masuk akal", "benci", "tidak bermoral" dan "memalukan" dan hari ini ia dianggap "bergaya", "normal" dan sesuatu yang biasa di zaman moden.

Satu contoh yang tipikal adalah apabila setelah kamu menonton beberapa episode drama di TV, satu darinya kamu akan dapat kesan dimana kamu dapat menerima zina dan menganggapnya parkara biasa. Seks sebelum berkahwin adalah perkara penting tanpa mengira kos dan penderitaan orang lain dalam process mendapatkan perhatian seorang lelaki atau wanita dan simbol-simbol ini adalah, "trick", penipuan dan hanya manipulasi semata-mata.

Tambahan pula, media cetak dan visual mewujudkan kesan perkahwinan itu ada kuno, hubungan tinggal bersama dan bersekedudukan menjadi lebih popular. Menjadi pasangan homoseks adalah gaya. Homoseksual, pelacuran adalah normal. Kita telah sampai ketahap di mana seseorang individu dalam masyarakat menjustifikasikan segalanya disebelah kanan mereka adalah kebebasan. Jika ini adalah sebenarnya "kebebasan", tetapi kenapa kita nampak banyak contoh-contoh senario yang seperti berikut:

1. Muda-mudi, sedang dijankiti dengan virus HIV pada satu kadar yang mencemaskan.
2. Seorang ibu warak, setia pada suaminya, tanpa semena-mena membangunkan satu penyakit kelamin (seperti syphillis, gonorea atau Herpes atau HIV/ AIDS yang teratur) dan bagaimanakah ini berlaku?
3. Kehamilan remaja terus meningkat, budak perempuan serendah umur 11 tahun hamil. Banyak remaja melakukan pengguguran di mana kesan sampingan memberi kesan kepada emosi, fizikal dan mental.
4. remaja perempuan serendah umur 10-12 tahun melakukan seks tanpa perlindungan yang mengakibatkan kenhancuran pada diri mereka sendiri dan bila disoal mengapa mereka melakukannya dan ada di antara mereka yang menjawab "tiada siapa memberitahu saya yang apa yang mereka telah lakukan adalah salah".
5. Rumahtangga berakhir dengan penceraian akibat daripada (suami atau isteri) berlaku curang dan yang menjadi mangsa rumah tangga adalah anak-anak mereka sendiri.
6. Perempuan dalam lingkungan 2 - 40 menjadi mangsa rogol.
7. Homoseksual akan terus meningkat; perkara liwat yang dahulunya dianggap sebagai satu kebencian oleh masyarakat, sekarang dianggap "normal" sampai ke satu tahap di mana perkahwinan homoseksual dibenarkan di sesetengah negara di dunia.
8. Semakin banyak jalinan hubungan berakhir dengan kesedihan, depress, konflik dan rasa kesal.

Contoh-contoh diatas menunjukkan tentang isu "pembebasan seksual". Adakah sebenarnya orang yang cuba untuk membebaskannya. Pembebas seksual itu adalah menjadi hamba dalam rantai bagi penyakit, kemelesetan, penceraian, ketidakpuasan hati dan penipuan. Individu, persatuan dan kerajaan secara aktif mencari cara untuk membendung permasalahan yang tidak bermoral dan yang bersekutu dengannya.

Jawapan untuk permasalahan ini dan semua dilemma yang dihadapi mana-mana masyarakat adalah di mana fabrik masyarakat di bawah ancaman daripada ketidaksopanan, alkoholisme, dadah, berjudi, jenayah, ketidakjujuran, dan materialisme boleh dijumpai di dalam Al-Quran yang telah di sampaikan kepada seluruh umat manusia. Prinsip-prinsipnya mempunyai satu penerangan yang universal untuk sepanjang hayat. Ia telah ditugaskan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mempraktikkan mesej yang ingin disampaikan seperti yang termakhtub didalam Al-Quran supaya sesiapa juga yang mengikut contoh sempurna Nabi Muhammad SAW akan ditunjukkan jalan yang cerah dan lurus.

Bersambung pada part 3 dengan bagaimana hal-hal diatas dilihat dari sudut pandangan Islam


0 comments: